Friday, October 10, 2014

PERSONAL #1 👸 10 Fact about me


Assalamualaikum..
dah lama tak menulis.ada rasa sedikit pelik. ok, sejak emma jadi profesional housewife ni rasa macam nak update blog sekurang-kurangnya setiap minggu. harap2 menjadi la. oh, emma juga akan cuba menulis dalam satu bahasa, maksudnya tak ada bahasa rojak.agak sukar dan pelik tapi lama2 biasa la tu.jadi, untuk permulaan blog yang 'baru' ni, emma akan ceritakan pasal diri emma.yelah kan trending sekarang di instagram dan Facebook '20 facts about me'. emma ada enulis dalamig jugak, tapi kat sini lagi detail.oklah kita mulakan

1. emma mempunyai 9 adik beradik, 8 daripadanya perempuan, satu lelaki..duhh semuanya nama norbi. dekat sekolah orang selalu panggil nobita, tapi kami ok je. norbizuzi, norbizura, norbizuna, norbiliza, norbiakma, amru, norbiaisya, norbianisa, norbiatiqa. dulu ada seorang abang, nama mohd tapi meninggal masa umur 2 bulan, tak sempat kenal pun la.semua kakak kerja kerajaan, cikgu jururawat pensyarah pegawai kpdnkk, setakat ni emma je yang berkecimpung dalam perniagaan dan bekerja sendiri.

2. dulu sekolah sis di kemaman, matrik pahang, kemudian sambung ijazah kat UTM ambil marketing. mula2 nangis sebab dapat UTM (UTM kot..tu kan untuk engineer) tapi lama2 belajar ok la..



3. suka bergambar..haruslaaahhh..selalu paksa suami ambilkan gambar ootd dan pos kat ig dengan harapan orang ramai like.ahah

4. berat badan emma memang sangat tak menentu. bulan ni 55 bulan depan 65 bulan depan lagi 60..pelik tapi memang benar..kawan2 pun selalu pelik..eh kurus dh..ok..eh gemuk balik..pheww!! dh biasa macam tu, hormon tak stabil

5. selama 2 tahun kahwin, dah 2 kali keguguran. baby sempat sampai 3bulan setengah je, selang 3 minggu selepas keguguran emma pregnant lagi tapi tak sampai 4 minggu pun. sekarang doktor suruh rehat 6 bulan. sebab ni jugak emma dan suami jualkan hot&roll dan emma letgo semua business. harap2 dapat betul2 rehat. harap ada rezeki anak untuk emma.kowg doakan ok.

6. sangat kagum dengan ibu mertua emma.bukan nak bodek, tapi ummi memang cantik luar cantik dalam cantik dengar sini. banyak menda yang emma tengok, memang ummi sangat sempurna, harap jadi isteri macam umi. 

7. kalau ummi emma kagum dengan keantikan luar dalam, ma (emak emma) pulak memang emma kagum dengan ketabahannya. suami meninggal masa anak yang palik kecil tu 2 tahun. masa tu sangat susah, ma baru nak cari kerja nak tanggung belajar semua. memang tabah. ma memang seorang yang suke bekerja. sampai sekarang pon dia kerja kat pondok agama kat area rumah ni sebagai tukang masak.bukan banyak pun gaji. kerja pun susah cuti. tapi banyaknya pahala dapat sebab menjaga anak2 yg belajar agama :)

8. emma tak suka pakai emas kuning. kahwin pun pakai platinum (tiffany & co) tak pernah rasa lawa dan tertarik bila orang jual emas.

9. emma tak pandai masak makanan melayu macam gulai, masak lemak. sambal ok la sikit2. selalu masak ala barat kat rumah sebab mudah.

10. oh, tempat paling best untuk beli barang dapur adalah di BIG PUBLIKA. memang best. macam2 ada, tapi selalunya beli daging ayam yang dah perap tu siap2 nanti balik bakar je.mudah kan..


oklah, setakat ni je boleh fikir.oh, doakan emma dapat update selalu blog ni ok. banyak menda nak kongsi. selain berkongsi, blog ni emma jadikan sebagai diari online sebab selalu lupa apa yang dah berlaku. lagipun emma kan surirumah profesional sekarang. 

nanti kita jumpa lagi ok, blog selepas ni emma akan berkongsi apa yang emma makan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalam

jumpa lagi
bye!!





1 comments:

Kekzamanis said...

Jom jadi surirumah profesional yang berjaya! ^_^
Rosmiza Ali Official Blog™

 
Emma . Enver . Wan Blogger Template by Ipietoon Blogger Template