salams,
hey korang..sihat x?
best tak tajuk post hari ni..yelah orang selalu pandang rendah housewife kan.kata tak educated la..well hellooo I got degree ok..and almost nak sambung master tapi dah dapat kerja best.ok sorry terbelagak. :p tapi ada jugak yang whatsapp emma cakap best la tak kerja, suami tanggung..
sebenarnya memang best pun..tapi kalau tak kerja duit tak banyak la. dah lama tak mintak duit suami nak beli baju online, ni terpaksa la mintak. surirumah pun nak bergaya jugak kan..gteww..
untuk kurangkan kebosanan dan menambahkan aktiviti kat rumah, ini list yang emma buat
akaun keluarga
sebenarnya dulu ada buat, tapi sebab sibuk sikit ada yang tak lengkap. resit ada yang hilang so tak boleh nak trace. selain boleh tengok perbelanjaan kita sebulan/seminggu kita boleh bajet untuk simpanan / travel. simple akaun je, listkan semua perbelanjaan kita, setiap akhir bulan kira balik. barula kita tau banyak mana dah belanja. pernah tak korang..tetibe je rasa cam duit tak cukup tapi tak tahu beli apa..? kitorg selalu macam tu. tapi bila ada akaun senang sikit la.boleh berjimat jugak sebab bila kita listkan semua, kita akan terkejut sebab belanja selalunya banyak...
tanam pokok
emma tangan panas, memang tak boleh tanam pokok. lagi satu selalu lupa nak siram pokok tu, end up pokok tu mati. selalu beli pokok yang dah ada bunga, or pokok daun yang tahan kalau tak siram 2 minggu. sebab tu dalam rumah tanam kaktus je..kat rumah ada satu je pokok daun, tu pun macam dah tanak hidup.kesian pokok tu. jeles dengan ummi (MIL) kat rumah umi banyak gile pokok ros yang lawa membunga.untunglaa..suami (cewan) pandai tanma pokok, apa yang dia tanam selalu je tumbuh cantik siap ada bunga, tapi dia sibuk tak sempat nak jaga. lama lama kucing makan bunga tu.oh my treboy.
decorate rumah
kekadang kita duduk sorang2 rumah tu kan, kita tengok2 la apa yang boleh tukar / upgrade. carila yang sesuai dengan bajet kita. bile dah buat akaun tu tadi, kita allocate la duit sikit untuk hias rumah. macam rumah emma is 100% emma yang take care, dari ada kedai dulu ppun. konsep dia macam cottage home. ramai yang cakap english style. tapi tak la, english more tu bunga2 kan, kitorang ny rumah lebih pada cottage la, perabot dari rustic wood. kebanyakannya emma tempah semua tu. kalau korang nak tempah kerusi/meja atau apa pun yang berkaitan boleh whatsapp kak eimah 0176434076 atau click kat sini boleh tengok gambar yang cantik2. ataupun kalau dekat kuantan boleh whatsapp hazim 0139218684 thetukangkayu jimat sangat kalau tempah. oh atau boleh beli yang second hand dekat satu kedai ni, alamak lupa la lokasi dia tu nama apa..tapi apa apa boleh call ni wee 0178911196.
belajar masak dalam portion yang sikit
emma kekadang bukan malas masak, sebab duduk berdua, selalu tanya suami nak makan tak, cewan selalu makan dengan kawan dia kat site (airport) sebab nak catch up story, jadinya kalau seorang memang tak masak la. banyak membazir kan. bazir masa lagi, bazir makanan lagi sebab emma bukan makan banyak pun. selalu kalau masak sendiri akan masak spageti atau baked macaroni. nasi2 memang tak la, nak masak nasi pun tak boleh sikit nani nasi jadi kerak je. sebenarnya emma tengah belajar masak dalm portion yang sikit. kadang2 beli buku masakan yang simple. selalunya beli je pes yang siap.
baca buku
banyak buku emma beli lately.yelah nak tambah knowledge sikit kan. selalu buku yang ringan2 la. novel tak minat, short story macam chicken soup ni ok. emma suke cari buku berkaitan home decor, art, painting ideas..macam tuh la. oh latest nye favorite is buku berkaitan gynae. kadang2 macam doctor dah bile baca buku2 macam tuh. bagus jugak, sebabnya kita kena tau dan faham struktur tubuh kita. macam mana makanan masuk dalam mulut jatuh ke perut and proses jadi tahi. kena tau semua tu..:p
menjahit
yang ni paling tak suka. tapi sekarang ada belajar jahit manik yang simple untuk projek emma for gbk kan..yes yes emma jahit sendiri..ko rasa..?? eheh sebab nak jual and nak jimat kan..
rasanya ni la kot yang emma buat setakat ni..kalau ada any idea lagi emma update ok..
kita selalu kena sibukkan diri, otak kena selalu guna, sebab tu emma berbelog balik. lama2 tak guna otak nanti jadi lembab..betol..oh dan selain tu jugak, emma selalu lepak2 dengan kawan2 dekat luar..banyak cafe menarik dekat kuantan ni tau. emma akan update jugak nanti kat blog ni ok.
jumpa lagi
1 comments:
Memang selalu rasa rendah diri bila orang tanya "keje mana?".. Org mcm pandang rendah sangat kat surirumah macam kita ni.. & nak jadi surirumah yang produktif memang kena sibukkan diri.. Cari sesuatu yang boleh dibuat.. Sebab kalau takde buat apa, akan buat kita rasa depress.. Aku selalu depress.. Kadang2 rasa macam nak gila dah.. Huhu.. Tu yang aktif berblog ni.. & sekarang tengah cuba aktif attend event supaya tak rasa depress sangat.. Eh dulu aku ada buat kira2 akaun keluarga cam mu.. Tapi lama doh x buat.. Duk pindoh randoh gini.. Pah mane doh dok tau buku akaun tu.. Huhu.. Napok gaya nk kena buat balik nih..
Rosmiza Ali Official Blog™
Post a Comment